Viral

Sapu Susu Pekat, Tuam Telur Rebus & Gosok Rambut Datin... Ini 10 Petua Netizen Surutkan Benjol Dahi Anak Aliff Syukri

gempak
Amri Hassan
28/05/2020
03:23 MYT
Sponsor Banner
Sapu Susu Pekat, Tuam Telur Rebus & Gosok Rambut Datin... Ini 10 Petua Netizen Surutkan Benjol Dahi Anak Aliff Syukri
Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Yusoff Al-Qardawi berdepan kecederaan kecil hingga menyebabkan dahinya benjol.
Keadaan yang dikemaskini oleh Aliff menerusi akaun Instagramnya itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya risaukan keadaan si cilik itu.
Malah, tidak kurang juga yang berkongsi tips untuk mengurangkan benjol pada dahi Yusoff.
Antaranya menuam ais atau air suam di dahi Yusoff dan ada juga yang mencadangkan beberapa produk terbaik untuk rawatan itu.
Namun, tidak kurang juga yang berkongsi pelbagai petua lain yang mungkin ada baru pertama kali dengar.
1. Selawat & Sapu Susu Pekat
"Datuk selawat dan sapukan susu pekat dan biarkan kering kat benjol Yusoff. Esok cuci. Nanti benjol akan susut dengan cepat," saran @rynaabriana.
2. Tepek Daun Sireh
"Datuk kena ambil daun sireh tu layukan atas api. Dah agak panas sikit tepek kat benjol Yusoff tu nanti cepat hilang benjol dan lebam," tambah @rimaasing.
3. Asah Buah Pala & Kayu Manis
"Datuk asah buah pala dan kayu manis. Letak kat benjol tu. Insya-Allah nanti bengkak susut dan lebam pun kurang. Lagi bagus sapu masa baru kena. Tak jadi benjol dan lebam," kata @nieta_haron.
4. Pecahkan Bawang Besar
"Alahai... benjol dah dahi. Petua yang selalu suami saya guna cepat-cepat pecahkan bawang besar, tenyeh dekat benjo tu. Cepat surut dan hilang," saran @kafebuku_darunnajah.
5. Tumbuk Bawang Putih & Nasi
"Petua jika anak jatuh benjol ambil bawang putih dengan nasi tumbuk kasar sapu berulang kali pada tempat benjol itu," kata @luvvynaa.
6. Tuam Telur Rebus
"Ya Allah kesiannya Yusoff. Tuam dengan telur rebus Datuk," tambah pelakon Zarina Zainuddin.
7. Gosok Rambut Datin
"Cepat-cepat gosok guna rambut Datin, hilang benjol tu. Petua itu saya guna buat anak-anak saya," nasihat @midalakem.
8. Tuam Ais
"Tuam ais dan balut dengan kalin bersih. Kejap je surut benjol tu. Tuam sekejap angkat, tuam lagi pastu angkat," tulis @syuhada_aina.
9. Demah Air Suam
"Datuk tak tuam dengan air suam? Bahayalah kalau biar takut darah beku," soal @dnielizzn.
"Kena demah terus dahu Yusoff, kalau tidak tua nanti tak hilang dan boleh nampak benjol tu," nasihat @83hayati.
"Datuk ambil tuala bersih kecil pastu gumpalkan sikit, tekap mulut Datuk dan hembuskan. Terus tuam kat benjol tu," kata @nurhidayah7.
10. Bawa Jumpa Doktor
Kebanyakannya menyarankan agar Aliff Syukri segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastiaan keadaan sebenar Yusoff.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live