Laman Utama

Sara Daewoo Trauma Kena Intai Masa Mandi!

gempak
Asyikin Mayudin
19/10/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
Sara Daewoo Trauma Kena Intai Masa Mandi!
Pelakon baharu Sara Daewoo mengakui dia mengalami trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual ketika menjalani penggambaran filem genre seram, Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali, pada 2018.
Cerita mengenai insiden tersebut, Sara berkata, pada mulanya, pelaku terbabit tidak mengaku kesalahannya malah tergamak berpura-pura mengerjakan solat.
“Saya berasa malu, marah, sakit hati dan sedih atas kejadian yang berlaku kerana ia membabitkan kes gangguan seksual. Selepas telefon bimbitnya dirampas, tiada sebarang rakaman ditemui.
“Ia nampak seolah-olah masih baru. Namun, selepas video ditemui dalam telefon bimbitnya itu, saya mendapati ada sebanyak lima video saya sedang mandi yang dirakamkan pelaku terbabit,” dedahnya.
Sara berkata, dia juga berasa terkejut kerana video itu dirakamkan pelaku terbabit tiga atau empat hari sebelum kejadian itu.
“Satu dari video itu, pelaku terbabit menutupnya dan nampak dari bahagian atas sampai bawah kerana dia masukkan telefon bimbit dalam plastik beras yang diletak dalam bilik mandi di inap desa itu.
“Video yang keempat pula si pelaku dapat rakamkan saya dari atas ke bawah kerana saya sudah nak habis mandi ketika itu. Saya juga tidak sedap hati dan berasa seperti ada orang mengintai setiap kali masuk tandas tapi tidak pasti siapa,” katanya.
Dalam pada itu, Sara menyatakan peristiwa memalukan itu telah memberi kesan pada mentalnya hingga tidak mahu berjumpa orang.
“Kejadian itu berlaku pada waktu petang dan saya sepatutnya masih ada babak lagi dalam filem itu pada sebelah malamnya Pada waktu itu, saya berasa tidak mahu meneruskan babak lakonan ataupun berjumpa orang.
“Saya terus masuk bilik dan menangis kerana berasa malu apabila semua pelakon dan kru mengetahui kewujudan video tidak bermoral terbabit.
“Penerbit dan pengarah serta pelakon, Pekin Ibrahim terpaksa datang pujuk dan beri semangat pada saya ketika itu, katanya.
Sementara itu, Sara memberitahu dia juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian gangguan seksual itu.
Terdahulu, pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan dia hilang sabar dan bertindak membelasah kru produksi kerana melakukan perkara tidak senonoh apabila mengintai pelakon wanita dalam filem seram Biduk Cerana Bu Merah iaitu Sara.
Pekin menyedari perkara itu selepas dimaklumkan mangsa iaitu Sara kepada rakannya.
@ceranabidukbumerah
Cerana Biduk Bu Merah dipawagam sekarang
♬ bunyi asal - Cerana biduk Bu Merah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live