Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sarah Jessica Parker Tak Anxiety Umur 57 Tahun: “Saya Jarang Di Media Sosial”

Maliah Surip
26/06/2022 11:30 MYT
Aktres terkenal Sarah Jessica Parker baru baru bertemu media tempatan sempena mempromosikan karya terbaharunya, And Just Like That.

Naskhah terbaharu itu adalah kesinambungan dari karya fenomena yang juga menjulang namanya di Hollywood, Sex And The City.

Dalam salah satu temubual, pelakon itu berbincang mengenai faktor usia untuk kekal relevan dan diterima peminat.

Sarah Jessica Parker atau SJP yang saat ini berusia 57 tahun mengaku tidak pernah menjadikan peningkatan usia sebagai penghalang untuk terus berkarya.

“Saya tidak memikirkannya dan tidak akan memikirkannya sebagai satu tekanan kerana orang lain berfikir tentang penambahan usia itu adalah lambang menjadi tua atau sebagainya,” ujar SJP kepada InStyle.

Dia malah dalam temubual lain memberi pesanan agar kaum wanita tidak tertekan atau berasa anxiety mengenai pertambahan usia, sebaliknya terus meraikan kehidupan.

“Saya tidak pernah mempunyai anxiety atau membenarkan ia menguasai saya. Ada banyak lagi perkara dari berasa anxiety kerana sudah tua untuk difikirkan,” katanya penuh yakin.

SJP juga mengaku tidak peduli tentang pandangan atau kritikan peminat mengenai perubahan fizikal atau penampilannya.

“Saya sangat jarang menggunakan media sosial. Walaupun saya tahu kita berhadapan dengan pelbagai pandangan, namun jangan ‘termakan’ dengannya. Nikmati saja kehidupan,” katanya yang banyak berkongsi mengenai aktiviti di Instagramnya untuk pengetahuan peminat.
#Hollywood #Anxiety #Sarah Jessica Parker
;