Sarah Suhairi Cover Bahagian Rap Lagu So Hot Versi Blackpink, Wow Boleh Tahan!
Mya Amri
Oktober 11, 2018 04:03 MYT
Oktober 11, 2018 04:03 MYT
Juara Big Stage, Sarah Suhairi sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila menyanyikan lagu cover K-Pop berjudul So Hot versi BLACKPINK.
Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.
Menariknya, Sarah hanya menyanyikan bahagian Rap lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris dengan begitu lancar dan bersahaja.
Menerusi ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat menyatakan rasa kagum melihat kebolehan Sarah untuk menyanyi rap.
Sehingga kini, video itu sudah mencecah lebih 150,000 tontonan.
Lagu So Hot merupakan nyanyian asal kumpulan Wonder Girls.
Malah, persembahan bertenaga Sarah itu juga turut mendapat reaksi masyarakat Korea yang memuji sebutan Hangul (Bahasa Korea) penyanyi berkenaan.
Foto: Instagram @sarahsuhairi