Penyanyi Sarah Suhairi memberitahu bahawa dia mahu menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan sebagai satu cabang baru yang ingin diterokanya pada tahun 2020.
Sarah, 20, berkata, dia mula minat untuk meneroka bidang baru tersebut selepas diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah program realiti kanak-kanak pada tahun lalu.
"Sebelum ini saya pernah bergandingan dengan penyanyi Afieq Syazwan untuk menjadi pengacara bagi program Megastar Bintang Kecil.
"Pada mulanya memang saya merasakan agak susah kerana ia sesuatu yang baru, namun, saya mula merasakan mengacara sebenarnya menyeronokkan dan jadi minat pula," katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Nyawa & Raga itu berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Ambang 2020 di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Justeru, kata Sarah, dia berharap dapat mengembangkan lagi cabang seni lain selain menyanyi dalam meneruskan kariernya dalam industri hiburan.
"Insya-Allah selepas ini kalau ada permintaan atau tawaran untuk saya mengacarakan sesuatu program, saya akan pertimbangkan," katanya.
Sebelum ini, Sarah merupakan juara program realiti, Big Stage 2018 yang mengangkat namanya sebagai penyanyi.