Sarapan Paling Cool, Cafe Hipster Smiling Buffalo, Langkawi Terpaling Love!
Mya Amri
15/07/2020 14:14 MYT
15/07/2020 14:14 MYT
Sekiranya bercuti di Pulau Langkawi, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk singgah di cafe hipster, Smiling Buffalo.
Terletak di Kuala Cenang, Langkawi, Smiling Buffalo ini boleh dikatakan antara cafe paling cool kami jumpa di sana.
Tidak hanya tertumpu kepada cafe semata-mata, Smiling Buffalo juga merupakan butik chalet yang mampu memberikan kepuasan kepada anda yang inginkan ketenangan.
Dengan struktur rekaan yang unik, taman tropika yang subur dan suasana santai pasti ada akan berasa tenang.
Ditambah pula dengan makanan yang lazat dan minuman yang enak, pasti memberikan ‘good mood’ sebelum memulakan perjalanan menerokan Pulau Langkawi.
Antara makanan yang memikat hati kami adalah Smoked Salmon, Tomato Poached Egg, Mango Waffle, Iced Coffee dan Iced Cappucino Piaw.
Bagi kami, Smoked Salmon dan Tomato Poached Egg memang terbaik! Puas hati! Memang tak menyesal.
Namun hidangan lain juga tidak kurang enaknya, dengan kuantiti makanan yang agak banyak memang sangat berbaloi.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keeanakan makanan di Smilling Buffalo.
Oh! Kepada yang kaki bergambar, tempat ini juga pasti membuatkan anda terpegun!
Percayalah, mesti tak menyesal.