Jangan minta yang bukan-bukan kerana permintaan itu bakal menghancurkan diri anda sendiri.

Itulah kesimpulan yang boleh Gempak simpulkan apabila selesai menonton filem seram terbaru Scary Stories to Tell in The Dark.

Berkesempatan menjadi yang pertama menonton filem seram ini semalam, Gempak simpulkan empat sebab kenapa anda perlu menonton filem ini.

1. Jalan cerita

Filem seram ini menceritakan empat remaja yang menerjah memasuki rumah hantu dan mengambil buku peninggalan seorang kanak-kanak perempuan misteri di dalam rumah hantu tersebut.

Dari seri jalan cerita, pengarah André Øvredal mengembangkan cerita ini dengan baik.

Daripada wajah tak bersalah, empat remaja inilah yang akhirnya menjadi punca segala kekacauan.

2. Barisan pelakon

Membariskan pelakon-pelakon muda seperti Zoe Colletti, Michael Garza, Austin Abrams, Gabriel Rush, pemilihan mereka tidak sikit pun mencacatkan filem kerana lakonan mereka sangat meyakinkan.

Penghayatan watak berjaya sampai terus kepada penonton dan membuatkan filem ini begitu disenangi walaupun bergenre seram.


3. Faktor ketakutan

Biarpun diklasifikasikan sebagai seram, filem ini tidaklah setakut hingga boleh membuatkan anda tercampak bertih jagung ataupun menutup muka.

Faktor ketakutannya hanya di paras biasa namun ada beberapa makhluk jadian yang ada di dalam filem ini akan membuatkan anda terkejut.

Hati-hati dengan watak Harold kerana wajah seram itu boleh buat anda tak tidur malam mengenangkannya.

4. Penggunaan props yang tepat

Berkisarkan suasana sekitar 60-an, sinematografi yang dilampirkan menyerlah dan membuatkan anda turut sama berada di dalam era tersebut.

Kereta lama, wayang gambar dan elemen hollowen, sekaligus berjaya menaikkan mood seram.

Sinematografinya juga cantik dan tidak terlalu serabut.

Filem ini berkisarkan seorang gadis aneh didera oleh keluargnya hingga dia membunuh diri.

Rohnya yang tidak tenteram mula membunuh setiap orang yang pernah menghantui hidupnya.

Dengan adanya sebuah buku cerita, empat remaja mula menbongkar rahsia sebenar keluarga kejam ini.

Scary Stories to Tell In The Dark akan mula berada di pawagam bermula 19 September ini.