Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sarat Elemen Orkestra Budapest, Samsons Buat ‘Comeback’ Dengan Album Baru Berjudul V!

Hanafis Haris 10/02/2021 | 12:15 MYT

Pernah meledak dengan lagu Kenangan Terindah, kumpulan popular Indonesia Samsons kembali dengan ‘buah tangan’ baru untuk peminat setianya.

Bukan lagi single, Samsons sebaliknya membuat ‘comeback’ dengan album terbaru berjuduk V.
Bertepatan dengan judulnya, ini adalah album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia.
Album ini dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.

Difahamkan, album V sangat istimewa kerana membabitkan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.

“Dalam album V ini, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu.

“Tidak menghairankan apabila nuansa muzik dipaparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra,” kata ahli kumpulan Samsons, Irfan Aulia Irsal.

Menurutnya, dalam album V terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka.

“Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single seperti Ternyata Cinta, Tuhan Tidak Pernah Salah, I Love U, Cinta Mati dan juga Jika Nanti yang merupakan single terbaru dilancarkan serentak dengan album ini.

“Lagu Jika Nanti menjadi trek fokus untuk album V memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu.

“Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara,” katanya.

Untuk makluman, pada tahun ini, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu Kenangan Terindah.

Lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini,

#Viral #Samsons #KenanganTerindah
;