Laman Utama

Sarat Gaya Unik Aidilfitri, Situasi Post-Pandemic Dunia? LARNEY Muncul Lagi & Kali Ini Mempertaruhkan Koleksi…

gempak
Hanafis Haris
11/04/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
Sarat Gaya Unik Aidilfitri, Situasi Post-Pandemic Dunia? LARNEY Muncul Lagi & Kali Ini Mempertaruhkan Koleksi…
Jika sebelum pernah muncul dengan rekaan inspirasi PKP, jenama LARNEY kembali dengan koleksi Aidilfitri terbaru yang memfokuskan situasi ‘post-pandemic’ dunia.
Dikenali dengan rekaan eksklusif, LARNEY mempersembahkan koleksi baru bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun 2022 bertemakan REGAL RAYA.
Dengan kempen penuh glamour yang dibintangi oleh dua jelitawan Fyza Kadir dan Whulandary Herman, koleksi ini meneruskan mesej optimis yang disampaikan pada tahun-tahun sebelum ini.
Namun tahun ini ia lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri bersesuaian dengan situasi ‘post-pandemic’ dunia.
Menurut pengasas serta pengarah kreatif LARNEY Zura Zabidi, sebanyak 15 rekaan baru diperkenalkan untuk tahun ini dengan pelbagai warna.
“Pelanggan kami boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini.
“Kami juga telah mengolah beberapa rekaan yang menjadi kegemaran ramai dari tahun-tahun sebelum ini seperti Lockdown Kurung, Reborn Kurung Riau dan Rebirth Kaftan dan memberikannya nafas baru.
“Tahun ini juga, LARNEY memperkenalkan buat pertama kali rekaan pleats untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi atau high neck abaya”.
Rekaan terbaru ini boleh didapati daripada laman sesawang LARNEY di www.larney.com.my .
Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih ‘intim’, boleh mengunjungi showroom LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live