"Duduk diam-diam sayang... Ibu nak tembak," itu antara pujukan atlet menembak kebangsaan, Nur Suryani Taibi ketika beraksi di Sukan Olimpik London pada 2012.

Ketika itu Nur Suryani sedang hamil lapan bulan. Namun, ia tidak sesekali mematahkan semangat wanita ini untuk berjuang demi negara tercinta.



Sukan Olimpik 2012 saksi Nur Suryani menjadi bakal ibu paling popular ketika itu.

Malah, dunia melihat sendiri ketabaan, kesabaran dan kecekalan Nur Suryani menyumbang bakti untuk Malaysia.

Kongsi Nur Suryani, ketika mendapat khabar gembira dirinya berbadan dua, ia seolah-olah satu petanda untuk dia melupakan seketika bidang sukan yang diminatinya.



"Semua orang akan suruh kamu untuk berhenti, kerana ianya seakan mustahil. Hinggalah kamu lakukannya," kongsi Nur Suryani.

Hakikatnya, anaknya, Dayana yang kini sudah memasuki usia lapan tahun itulah sumber kekuatan Nur Suryani.



Kekuatan sebenar datang daripada diri kita sendiri!

Apabila kita kuat, kita boleh mencapai apa sahaja impian terindah yang sering kita inginkan.

Saksikan Wanita Besi episod kedua pada 8 Mac 2019. Nur Suryani menjadi kebanggaan Malaysia dan kini berkolaborasi dengan Pantene sempena kempen ‘Braids of Strength’ untuk memberikan inspirasi buat golongan wanita agar kekal kuat, cantik dan aktif bersukan.

Jom lihat episod kedua siri Wanita Besi!