,
Laman Utama

Sarat Hamil, Ain Edruce Tetap Sakan Beraya - “Kenapa Lama Betul Pregnant? Tak Sabar Tengok Anak”

Azwa Rahman
17/05/2021
02:45 MYT
Pengacara Ain Edruce mencuri tumpuan ramai apabila sakan menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, memuat naik foto-foto meraikan lebaran bersama keluarga tercinta untuk tatapan umum.
“Okay, last day raya sebelum beranak. Hehehe,” tulis Ain di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, penampilan Ain yang sarat hamil sambil mengenakan kaftan berona biru merah mendapat pujian wargamaya.
Tidak hanya itu, foto-foto tersebut juga membuatkan wargamaya tertanya-tanya bilakah tarikh Ain bakal melahirkan kerana merasakan dia sudah lama hamil.
“Kenapa aku rasa lama betul Ain pregnant? Dato Siti pun dah beranak hahaha tak sabar nak tengok anak Ain,” komen seorang wargamaya.
“Tak sekarang ni bila Ain nak beranak? Aku dah tak sabar nak tengok anak Ain,” tulis seorang wargamaya.
“Bila due date Ain ni,” tanya seorang wargamaya.
“39 weeks dah kan Ain, insyallah dipermudahkan. Bila-bila masa je tu,” doa seorang wargamaya.
“Baby taknak keluar lagi,” kata seorang wargamaya.
“Hari-hari aku check acc Ain nak tengok dia dah beranak ke, tak sabar,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 55,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga dengan suaminya Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial

gempak
04/06/2024
05:12 MYT
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan bahawa suaminya, Amirul Hafiz tidak tahu menahu tentang komen negatif netizen yang dilemparkan terhadapnya.
Hiburan

“Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan

gempak
01/06/2024
07:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang memberikan respon terhadap individu yang mengkritik rupa paras suami pelakon, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz.
Hiburan

Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”

gempak
31/05/2024
05:03 MYT
Sering dikecam kerana kerap kali mencipta kandungan lawak bersama suami, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengakui tidak cepat melatah dengan kritikan yang diterima. Sebaliknya, dia akan akan terus memuat naik kandungan yang sama pada masa akan datang.
Viral

Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”

gempak
30/05/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce baru-baru ini dikritik oleh seorang pengguna aplikasi X tentang konten yang dikongsikan di media sosial.
BorakSeeni