Hiburan
Sari Yanti Tidak Akan Kembali Berlakon, Jep Sepahtu Selesa Isteri Berada Di Rumah
Pelakon Sari Yanti mendedahkan dia tidak akan melibatkan diri dalam bidang lakonan lagi.
Kata Sari, suaminya, pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu tidak memberi keizinan untuk bekerja.
Sari memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instagram Stories.
"Tak berlakon dah ke?" tanya salah seorang peminatnya.
"Tak. Jep tak kasi," jawab Sari secara ringkas.
Dalam pada itu, Sari menyatakan Jep seorang yang akan keluar untuk mencari rezeki buat keluarga.
"Sebab dia lebih selesa bila isteri dia di rumah. Dia je yang cari nafkah," jawabnya.
Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram(IG) miliknya.
Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu. Kini, Sari sedang hamil anak kedua.
Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Jom tonton semula Sepahtu Reunion Live 2020 menggunakan telefon pintar anda menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Must-Watch Video