Pelakon dan pengacara Mira Filzah menerima teguran netizen kerana penampilannya yang dilabel sebagai tidak manis.

Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi satu foto bersama barisan pelakon untuk mempromosikan drama terbaru yang berjudul Sweet Dreams.

Apa yang menarik perhatian netizen selain watak yang dibawakan oleh Mira adalah seluar mengikut bentuk kaki (legging) yang dipakainya.

“So how was it? Best tak first episode? More to come okay!” tulisnya di ruangan kapsyen merujuk kepada episod pertama drama itu yang ditayangkan semalam.



Selain mendapat pujian netizen tentang drama lakonannya, ada juga yang mengkritik penampilan Mira yang memakai legging ketat warna hitam berkilat untuk tatapan umum.

Dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya, mereka juga turut berpesan agar Mira berpakaian lebih sopan di masa akan datang.

“Kak Mira, saya tak marah cuma nak tegur sikit. Kalau boleh seluar yang kak Mira pakai tu tolong longgar dan tudung tolong labuhkan. Sorry kalau ada kasar bahasa,” pinta seorang netizen.

“Tak payahlah pakai seluar macam tu please!” tegur seorang netizen tentang penampilan Mira.

“Tak manislah kak tengok akak pakai seluar ketat macam tu,” komen seorang netizen lagi di foto tersebut.

“Biar kita ni bertegas dalam soal pemakaian. Jangan sebab nak kejar populariti kita ikut je apa kata produksi. Moga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan,” tegas seorang netizen lagi.

Terbaru, Mira Filzah membawakan watak gadis bisu bergandingan bersama Ben Amir menerusi drama Sweet Dreams.

Drama arahan Michael Ang yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Acik Lana ini sudah menemui penonton di slot Megadrama bermula semalam.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams #SweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.