Laman Utama
Sarung Swimsuit Seksi Di Terengganu, Leona Tarik Perhatian Netizen; "Dia Punya Pakaian Tu Kita Doa Je Lah Berubah Nanti"
Sejak anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona aktif di media sosia, ada sahaja cakap-cakap nakal yang dilemparkan kepadanya.
Sehinggakan bapanya yang sudah berada lama dalam industri hiburan buntu dan tidak tahu bagaimana untuk memberi nasihat yang sewajarnya kepada Leona.
Terbaharu, nama Leona sekali lagi menjadi bualan apabila dia mengenakan pakaian renang (swimsuit) ketika bercuti di sebuah pusat peranginan di Terengganu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan bahagian punggung dan kaki Leona terdedah sehingga menyebabkan rasa kurang selesa timbul dalam kalangan netizen.
@leonathe2nd
saking la♬ original sound - le yoooooooo na
Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat pemakaian Leona tidak bersesuaian dengan dirinya yang beragama Islam.
“Dia punya pakaian tu kita doa je lah berubah nanti.”
“Seriuslah pakai macam tu kat Terengganu kot? Dia ni nasib baik tak kena denda tau.”
“Semoga Allah bukakan hati you one day amin.”
Terdahulu, Azhar Sulaiman menerusi kemas kini di Facebook pernah meluahkan perasaan tentang ‘perangai’ Leona kepada rakan artisnya, Aida Aris.
Azhar menyifatkan Leona sering membuatkan dirinya ‘panas b*ntot dan perangainya itu semakin menjadi setiap kali nasihat diberi.
Must-Watch Video