Sasar Kutipan RM300 Ribu, Dira Abu Zahar Bakal Ke Turki & Syria Bagi Misi Bantuan Musim Sejuk

Asraf Aided
November 29, 2019 09:24 MYT
Pelakon Dira Abu Zahar bakal menyertai misi bantuan musim sejuk di Turki dan Syria pada Januari tahun hadapan.
Perkara itu diberitahu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Dira, penyertaannya itu adalah bersama pihak Sadaqah Centre, Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra dan menyasarkan kutipan derma sebanyak RM 300,000 dari orang ramai.
"Insya-Allah saya akan bersama dengan Sadaqah Centre, Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra akan bertolak ke Turki dan Syria bagi misi bantuan musim sejuk Syria pada Januari 2020.
"Kami akan bertolak pergi bagi menyampaikan sumbangan anda kepada pelarian Syria di sana dengan sasaran kutipan derma sebanyak RM300,000," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Dira, bantuan yang akan diberikan adalah berbentuk makanan, selimut, bahan bakar, wang tunai dan kit musim sejuk.
"Kami akan salurkan bantuan dari segi makanan, selimut, bahan bakar, wang tunai dan kit musim sejuk," tambahnya.
Sebelum ini, antara selebriti tempatan yang pernah menyertai misi kemanusian di luar negara adalah Fara Fauzana, Noh Salleh, Mizz Nina dan ramai lagi.
#Dira Abu Zahar