KELUANG MAN

Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Alhamdulillah Lengkap Keluarga 2 Lelaki, 1 Perempuan, Saya Tutup Kilang…”

Mya Amri 14/07/2025 | 08:57 MYT
Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz mengucapkan rasa syukur selamat bersalin cahaya mata ketiga pada Isnin.

Pilih nama Idris Harris Liu


Berita gembira itu dikongsi oleh Sasha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Lebih istimewa lagi, hantaran itu juga turut merakamkan momen Sasha selepas melahirkan anak lelakinya yang diberi nama Idris Harris Liu.

“Syukur pada Allah S.W.T. Alhamdulillah, hero kami Idris Harris Liu telah selamat lahir ke dunia pada 14 Julai 2025,

“Jam 9:21 pagi dengan berat 3.5 kg. Doakan kami berdua sihat dan dipermudahkan segala urusan.

“Meet our son Idris Harris Liu. Alhamdulillah lengkap keluarga kali ni dua girls, satu boy. Saya tutup kilang sekian,” tulisnya.


Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suami, Daily Doseof Liu pada tahun 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.

#Bersalin #Anak ketiga #Sasha Abdul Aziz