Viral
Sasha Saidin Throwback Gambar Lama Elite, Peminat Pula Bukan Main 'KLMJ'
Ada banyak sebab untuk peminat setia menghargai artis, sama ada karya yang hebat mahupun personaliti yang mempesonakan.
Malah, ada antara peminat yang mudah 'KLMJ' (kenangan lalu menggamit jiwa) setiap kali artis kegemaran mereka melakukan sesuatu.
Terbaharu, anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin sempat memuat naik sekeping foto throwback kumpulan itu di Instagramnya bersama untaian kata penuh makna.
Tulis Sasha, rahsia Elite untuk kekal relevan kerana tiada sikap kepura-puraan dalam diri masing-masing.
"Kami jadi diri sendiri dan tak hipokrit. Memang kami tak kenal satu sama lain ketika awal-awal dahulu tapi lama-kelamaan kamilah yang menyokong sesama sendiri.
"Kami lalui pelbagai kontroversi dan tidak terjangka sama sekali Elite akan kekal sampai hari ini walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri," tulisnya panjang lebar.
Elite merupakan artis rakaman sulung KRU Records yang ditubuhkan pada 1996.
Kumpulan itu terdiri daripada Sasha, Azza, Wanite, Linda Rafar dan Abby Abadi.
Selain itu, Fiza Abdul Halim, Hana, Sharifah Sofia dan Ava Vanja pernah menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan itu.
Malah, Sasha turut berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong Elite.
Bagi yang membesar bersama lagu-lagu seperti GIG, Tamparan Wanita dan Trauma, pasti banyak kenangan yang tersemat bersama kumpulan vokal wanita popular itu.
"Spice Girl Malaysia," tulis @izareth11.
"Masuk karaoke mesti cari lagu Elite," tambah @borneodivas.
"I remember the first and only time I saw Elite live. It was wow, 20 years now? SUKOM 1998.
"I was a volunteer for the opening and closing ceremony. Being part of it was a once in a lifetime experience.
"I do remember waiting backstage to catch a glimpse of Elite. Once a fan, always a fan," ungkit @hazwanshamsul.