Laman Utama
"Satu Bosnia Sokong" - SA.YA Dapat Sokongan Daripada Peminat Luar? Worldwide Betul!
Populariti kumpulan SA.YA gandingan Saiful Apek dan Yassin nampak gayanya bukan sekadar di Malaysia, malah telah 'terbang' ke Bosnia-Herzegovina.
Menerusi satu posting dimuat naik di Instagram Apek baru-baru ini, seorang peminat Bosnia-Herzegovina tampil memberikan kata-kata semangat buat bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) itu.
"Buat yang terbaik jangan mengalah, terus berjuang.
"Satu Bosnia sokong SA.YA," katanya.
Menerusi hantaran berkenaan, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima sokongan daripada peminat dari negara berkenaan.
"Lagi kiriman video dari penyokong Bosnia untuk kumpulan SA.YA. Terima kasih," ujarnya.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
Untuk rekod, pada persembahan konsert minggu ketujuh yang berlangsung Ahad lalu, SA.YA membawakan lagu Peronda Jaket Biru nyanyian Wings.
Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan berkenaan apabila mereka menerima markah sebanyak 54%.
Sekadar info, penyanyi rock Bandi Amuk menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) keempat yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung Ahad lalu.
Bandi mendapat markah 53.8% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.
BACA : GV8: Berdepan Masalah Intonasi, Bandi Amuk Tersingkir Minggu Ke-7! Markah Tipis Dengan…
Must-Watch Video