Gaya Hidup
Satu Cawan Air Untuk Menggosok Gigi! Kempen CUCKOO Untuk Kita Sama-Sama Bantu Menjimatkan Air Sempena Hari Air Sedunia
Tahukah anda menurut kajian, 80% air buangan tidak diproses atau digunakan semula menyebabkan ianya kembali ke dalam ekosistem? Perkara ini lama kelamaan akan merosakkan ekosistem dan jika tidak dibendung, akan meninggalkan kesan kepada generasi kita yang akan datang.
Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Banyak cara mudah untuk kita menjimatkan air dengan mengubah sedikit gaya hidup kita seperti menutup paip air yang mengalir ketika tidak digunakan, serta menggunakan air lebihan terbuang untuk menyiram tanaman.
Kami ada lima tips mudah untuk anda menjimatkan air dan menjadikannya rutin seharian anda.
1. Gunakan air yang perlahan untuk membasuh pinggan mangkuk. Anda boleh menjimatkan air dengan efisien. Juga pastikan tidak ada kebocoran pada paip di rumah anda. Tukarkan segera paip jika ada kerosakan, atau jika ianya melibatkan sambungan paip, hubungi pihak yang berwajib untuk memperbetulkannya.
2. Gunakan dual pengepam tandas untuk menjimatkan air. Anda tidak perlu menggunakan air yang banyak untuk hal-hal kecil. Mempunyai dual pengepam tandas membolehkan anda memilih jumlah air yang hendak digunakan pada satu-satu masa.
3. Satu lagi cara mudah untuk anda menjimatkan air adalah ketika mandi. Tutup paip air apabila anda ingin menggunakan syampu rambut ataupun untuk menyabun badan. Anda akan lihat penjimatan air yang ketara kerana anda pastinya tidak menggunakan air tersebut ketika bersyampu atau menyabun badan. Tidak lagi ada pembaziran.
4. Apabila membasuh kereta di rumah, ramai yang menggunakan pam tekanan air kerana berpendapat ianya mampu membersihkan kereta dengan baik. Sebenarnya semburan yang kuat tidak mampu menghakis kotoran degil kecuali anda menyentalnya dengan syampu kereta. Lebih baik anda menggunakan baldi untuk mengisi air dan menggunakan air secara berhemah.
5. Begitu juga ketika menyiram pokok bunga atau tanam-tanaman. Anda boleh menggunakan air yang dikitar semula sama ada lebihan air yang digunakan untuk membasuh sayur, ikan dan buah-buahan ataupun lebihan air daripada membasuh kereta. Jimat bukan?
Ada yang lebih mudah dengan Kempen CUCKOO Satu Cawan Air Untuk Menggosok Gigi. Sejak sambutan Hari Air Sedunia tahun lalu, CUCKOO melancarkan kempen yang cukup mudah ini untuk menjimatkan air. Ianya diinspirasikan daripada kajian bahawa 1 daripada 3 orang membazirkan 18.92 liter air setiap kali mereka menggosok gigi dengan membiarkan air paip mengalir.
Ini bermakna kita membazirkan 30 liter air setiap hari, bersamaan dengan keperluan air untuk 12 orang dewasa setiap hari! Sebab itulah CUCKOO mengambil inisiatif untuk mengajak semua untuk menggosok gigi menggunakan satu cawan air, penyelesaian yang mudah untuk menukar tabiat seharian demi menjimatkan air.
Hidup di bandar yang begitu mudah untuk sebahagian daripada kita mendapatkan air bersih menyebabkan kita lupa kepada mereka yang lainnya yang sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih sebagai kegunaan seharian. CUCKOO mahu membantu mengubahnya. Dan anda boleh membantu CUCKOO merealisasikan impian ini.
Dengan mempraktikkan penggunaan satu cawan air setiap kali anda menggosok gigi, anda dapat mengelakkan pembaziran air. Apabila anda mempraktikkannya, secara langsung anda juga akan mendidik anak-anak anda dan generasi muda untuk melakukan perkara yang sama. CUCKOO berharap kempen ini mampu menjadi satu gaya hidup yang berterusan.
Membanggakan juga kerana ramai artis dan selebriti turut menyokong kempen ini terutamanya CUCKOO Friends. Sokongan mereka dapat membantu kerana mereka turut mempunyai pengaruh yang kuat terutamanya kepada generasi baru. Terdapat juga artis yang turut membuat ikrar untuk kempen ini.
Anda juga boleh membuat ikrar untuk kempen CUCKOO Satu Cawan Air Untuk Menggosok Gigi ini. Malah, anda mungkin berpeluang untuk memenangi CUCKOO Kyndell Thermo Flask yang bernilai RM150!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Kongsikan video/gambar anda menggosok gigi dan hanya menggunakan secawan air di media sosial anda. Pastikan sosial media anda adalah terbuka dan pastikan juga anda meletakkan hashtag #WorldWaterDay2019 #SaveWaterwithCUCKOO #Just1Cup dan #withCUCKOO. Sepuluh entri paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Cepat gunakan daya kreativiti anda, kerana tarikh tutupnya pada 31 Mac 2019.
Anda juga boleh menyokong kempen ini dengan mendapatkan edisi terhad pek CUCKOO Just-1-Cup yang mengandungi satu cawan CUCKOO, satu berus gigi MorningKiss dan satu ubat gigi MorningKiss. Hanya RM15 untuk setiap set dan keuntungan daripada jualannya akan didermakan untuk tujuan amal. Anda boleh mendapatkannya di Brandstore CUCKOO berdekatan sebagai tanda sokongan. Jom sama-sama kita menjimatkan air dan menyokong kempen yang memberi faedah kepada semua generasi ini.
Must-Watch Video