Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Satu Demi Satu Rahsia Terbongkar, KUASA Episod Akhir Bakal Merungkai Segalanya?

Syafiqah Jalal
30/05/2022 10:43 MYT
Drama bersiri premium, KUASA bakal melabuhkan tirainya dalam epsiod akhir malam ini.

Selepas pelbagai kejadian dan drama yang berlaku, akhirnnya dalam episod ke-8 ini penonton bakal dikejutkan dengan pelbagai perkara serta rahsia terbongkar.

Selepas pergaduhan besar antara Tan Sri Dhameer dan Puan Sri Lily, Tan Sri Aziz mempelawa Puan Sri Lily untuk tinggal sementara di rumahnya. Tersentuh dengan jemputannya, Puan Sri Lily memberitahu Tan Sri Aziz satu rahsia yang disimpan lama tentang keluarganya.

Bukan itu sahaja, malah sesuatu juga berlaku kepada Delilah apabila dia telah membongkar rahsia tentang kesihatan bapanya Tan Sri Dhameer.

Sementara itu, pelabur besar dari China telah menarik pelaburan mereka selepas insiden berlaku di set penggambaran Sinar Wira.

Manakala, Natalie pula sudah sedar dari koma dan dia tidak sabar untuk pulang ke New York tetapi Dharma hendak kekal di Malaysia.

Jadi, adakah Tan Sri sudah menjumpai penggantinya? Adakah anak-anaknya masih layak untuk menggantinya?

Semua itu bakal terjawab dalam espiod akhir KUASA yang akan ditayangkan malam ini pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Saksikan KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

Astro Originals ini membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.

KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
 
 
#Viral #Drama #Tular #Kuasa #Rahsia #Bersiri #Akhir #Episod