,
Hiburan

"Satu Evolusi Untuk Filem Tempatan... Lakonan Saya Bagi 5 Bintang!" - Datuk Yusof Haslam Puji Filem Pusaka

Kamaruddin Razal
29/10/2019
15:29 MYT
Penerbit dan pengarah filem tersohor, Datuk Yusof Haslam memberikan pujian terhadap filem Pusaka.
Hadir menonton filem terbabit di majlis tayangan perdana yang berlangsung baru-baru ini, Yusof menyifatkan Pusaka sebagai satu evolusi untuk filem tempatan.
"Permulaan sampai habis saya tonton filem ini... satu persembahan baru. Satu evolusi dalam filem tempatan yang bercorak seram.
"Ia bukan seram semata-mata, tetapi lebih kepada penyiasatan, suspens.. Persembahan dia agak lain dari filem-filem tempatan yang biasa," katanya.
Tambah Yusof, Pusaka tidak hanya bersandar kepada elemen seram semata-mata.
"Satu pembaharuan dalam industri filem, lebih-lebih lagi kepada filem genre seram. Biasanya, kalau filem seram, ia lebih kepada hantu, seram... tetapi filem ini bukan bersandar terhadap seram semata-mata.
"Ia menampilkan elemen penyiasatan dan merungkai sebab tertentu mengapa perkara itu berlaku. Lakonan pelakon semua saya berikan lima bintang! Dari segi pengarahan juga bagus, dari 10 bintang, saya bagi lapan bintang!" puji Yusof lagi.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"'Sweet' Bukan Nama Gedik, Itu Nama Panggilan Dari Dalam Perut Mama Lagi" - Sweet Qismina Cerita Susur Galur Nama

gempak
27/08/2021
06:05 MYT
Siap cerita susur galur macam mana dapat nama tu...
Laman Utama

The Garden Of Evening Mists & Pusaka Berjaya Disenarai Pendek Dalam Asian Academy Creative Awards

gempak
15/10/2020
13:47 MYT
Laman Utama

“Kering Macam Plywood, Cicak Kubing!” – Jadi Mangsa Body Shaming, Peminat Tampil Pertahan Mimi Lana

gempak
28/09/2020
11:04 MYT
Pelakon Mimi Lana baru-baru ini menjadi mangsa penghinaan bentuk badan selepas dikatakan terlalu kurus oleh warganet.
Hiburan

Raih Kutipan RM13.7 Juta, Pusaka Masih Membara Di Pawagam... Ada Yang Tengok Sampai 7 Kali!

gempak
06/12/2019
09:44 MYT
Berita

Terima Kutipan Cecah RM13 Juta, Pusaka Bakal Ada Sekuel?

gempak
03/12/2019
10:11 MYT