Pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja yang diterimanya.

Amir memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menurut Amir, dia lebih mengutamakan perkara yang penting terlebih dahulu dan percaya pada rezeki Tuhan.

“Satu job shoot dekat Langkawi hujung bulan nanti baru saya cancel, mungkin satu lagi shoot saya kena cancel kan juga untuk bulan ni.

“Tak boleh nak tamak, kena relax dan layan serta settle yang mana penting dulu. Insya-Allah semoga semuanya baik-baik. Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Amir menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira apabila berjaya memiliki kereta jenis Perodua Alza yang dipercayai dibeli menggunakan duit hasil jualan perniagaan air jagungnya.

Malah, ramai dalam kalangan wargamaya yang terpegun melihat nombor pendaftaran kereta tersebut.

BACA: Hasil Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Syukur Dapat Beli Kereta, Netizen Ucap Tahniah; “No Plat Tu Mahal”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.