Laman Utama

Satu Keluarga Diracun Jiran Sampai Rambut Anak Keguguran

gempak
Izwan Isa
01/09/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Satu Keluarga Diracun Jiran Sampai Rambut Anak Keguguran
Mangsa perbuatan durjana jiran rasis, Umar Abdullah mendakwa rambut anak kecilnya mulai gugur selepas melalui jirannya ‘ditangkap’ menyuntik sejenis bahan kimia di pintu masuk rumahnya awal tahun ini.
Umar, 36, yang menetap di Florida, Amerika Syarikat mendakwa, jirannya itu, Xuming Li, seorang pemegang PhD dipercayai menggunakan ubat penahan sakit opioid methadone yang kuat dan hidrokodon, dicampur dengan unsur berbahaya.
“Rambut anak kami mula keguguran. Dalam masa satu bulan, kami perasan banyak rambut anak kami yang gugur dalam bilik mandi.
“Kami Google dan mendapati bayi tidak mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu, rambut kami juga gugur.
“Walaupun kami tidak boleh membuktikan yang masalah keguguran ini ada kaitan dengan tindakan aniaya tersebut, tapi kami rasa masalah ini disebabkan oleh bahan kimia,” katanya kepada DailyMail.
Terdahulu, media melaporkan yang Xuming telah ditangkap berikutan bukti rakaman kamera tersembunyi yang mendedahkan tindakannya ‘meracun’ rumah Umar.
Xuming didakwa memiliki bahan terkawal, serangan terhadap pemilik rumah selain kesalahan gemar menghendap.
Untuk rekod, hubungan Umar dan Xuming pada awalnya baik-baik belaka. Namun, segalanya berubah apabila Umar mendapat mesej daripada Xuming yang sering menuduh dia sekeluarga berbuat bising, selain meminta untuk berjalan perlahan ketika berada di rumah.
Sumber: DailyMail
BACA: Keji & Biadab, Datuk, Pakcik, Jiran Ro**l Budak 7 Tahun Sampai Dijangkiti Penyakit​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live