Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India

Gempak
28/08/2024 01:18 MYT
Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jlan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan Bernama, kejadian iitu dipercayai berlaku pada 2.30 pagi tadi ekoran hujan lebat.

Dalam laporan video tersebut, kawasan yang mendap tersebut telah ditutup oleh kon-kon bagi tujuan keselamatan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, negara digemparkan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India membabitkan seorang mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas terjatuh dan tertimbus dalam insiden berlaku sekitar jam 8 pagi.

Mangsa merupakan seorang wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan mangsa memasuki hari keenam dengan pasukan penyelamat telah memperluas operasi pencarian ke enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Bulatan Kinabalu.

Sumber: Bernama
#Kuala Lumpur #Hujan Lebat #Masjid India #Tanah Mendap #Mendapan