Sebuah lagi syarikat pengimport daging sejuk beku yang disyaki dalang di sebalik kartel daging haram di Johor Bahru, bakal didakwa, lapor AWANI.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata setakat ini kertas siasatan berhubung kes syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru berkenaan telah hampir lengkap.
Jelasnya kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Tambah beliau, rakyat juga tidak perlu bimbang kerana berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), syarikat yang terbabit dalam kes berkenaan mengedar tidak sampai satu peratus bekalan daging sejuk beku dalam negara.
“Insya-Allah kita tengok pada kertas siasatan Timbalan Pendakwaraya. Satu lagi syarikat, satu saja syarikat. Kerana itu kalau kata semua daging haram di Malaysia tidak betul sebab saya periksa syarikat ini mengedar tidak sampai satu peratus pun di Malaysia,” katanya.
Justeru beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan melindungi kartel daging haram itu adalah tidak benar kerana proses untuk melengkapkan siasatan mengambil masa, termasuk perlu menunggu analisa daging daripada Jabatan Kimia.
Menurutnya setakat ini pihaknya mengesan hanya dua syarikat terbabit yang terlibat dalam penyalahgunaan logo halal berkenaan.
Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan jika terdapat penglibatan yang lain.
Rosol berkata, pihaknya tidak memandang remeh isu berkenaan dan melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.
Pada Rabu sebuah syarikat pembekal daging di Johor Bahru dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.
Sumber : Astro AWANI
Kredit Foto : Malaysiakini
Asraf Aided
Thu Dec 31 2020
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.