Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Satu Malaysia Nak Tahu Keadaan Rania…” - Kak KM Syukur Pembedahan Jantung Anak Berjaya

Asyikin Mayudin
31/10/2023 01:56 MYT
Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Kak KM melahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Rania selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad lalu.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menerusi laman sosial berkata Rania kini dalam keadaan stabil dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.

“Semua orang, satu Malaysia nak tahu keadaan Baby Rania macam mana. So far Alhamdulillah, doktor kata dia dah stabil. Alhamdulillah sangat. Terima kasih yang doakan Rania,” kongsi Kak KM.

Pada perkongsian lain, Kak KM turut mendedahkan dia sudah tiga malam tidak dapat tidur lena disebabkan memikirkan keadaan anak perempuannya itu.

“Dah tiga malam tak tidur, dia punya semak perut, serabut, sebu, libang libu tau tak rasa itu… kau nak tidur tak lena, kepala ini rasa bengap, blur saja. Tak tahu nak cakap,” katanya.

Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi mengenai anak ketiganya, Rania mengalami masalah jantung berlubang dan pernah disahkan mengalami masalah pada injap jantungnya sejak bayi.

BACA SINI: "Jangan Kita Tambah Kesedihan Orang" - Ustazah Asma' Harun Nasihat Netizen Jaga Adab, Doakan...


#Kak KM #Liana Rosli #Anak Kak KM #Baby Rania #Rania jantung
;