Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE

"Satu Peluang" Taruhan Terbaru Andi Bernadee

Asraf Aided 29/08/2018 | 12:34 MYT
Penyanyi remaja dan juga bintang program Big Stage, Andi Bernadee bakal melancarkan single terbaru yang diberi judul Satu Peluang.
Menurut Andi, single terbaru hasil ciptaan Alif Sleeq ini akan menemui peminat dalam masa terdekat.
"Lagu yang bertajuk Satu Peluang ini adalah single ketiga saya dan rentak muziknya rancak, insya-Allah saya akan mula membuat rakaman pada minggu ini.
"Saya tidak mahu bertangguh perkara sebegini memandangkan jadual kerja sudah mulai sibuk sejak awal bulan lalu.
"Saya dan Alif berpendapat rentak muzik yang rancak mampu mendapat penyesuaian dan penerimaan yang baik dari peminat," ujarnya.
Andi ditemui di majlis pelancaran siri jelajah Jimba Fest Tour anjuran Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama Digi bertempat di pejabat urusan WMM semalam.
Dalam perkembangan lain, Andi juga bakal muncul dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi.
#Andi Bernadee #Big Stage