Sehebat Hollywood! Itu pujian yang diberi sebahagian warganet yang menyaksikan sendiri kemunculan BoBoiBoy dan musuh lamanya Adu Du di rancangan MeleTOP malam tadi.

Buat pertama kalinya, BoBoiBoy dan Adu Du dipertemukan dalam dunia nyata bersama Nabil Ahmad dan Neelofa.

Untuk pengetahuan anda, kemunculan karakter animasi ke ‘live show’ ini antara yang pertama dilakukan di Malaysia.

Anda boleh lihat bagaimana lancarnya interaksi antara Nabil, Neelofa dan kedua-dua watak ini.

Bukan sekadar berinteraksi secara ‘live’, malah BoBoiBoy turut mempamerkan kuasa elementalnya secara langsung buat pertama kalinya di stesen televisyen negara.

Tergamamlah Nabil dan Neelofa dibuatnya!

Adu Du pula tidak henti membuatkan ramai penonton tertawa dan sesekali cuba mencari gaduh dengan BoBoiBoy di set MeleTOP.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah dimuat naik di akaun YouTube MeleTOP telah meraih sebanyak 126,560 tontonan!

Melihat reaksi penonton pula, anda pasti tak teruja kerana rata-ratanya memberi respon yang sangat luar biasa.



Sementara itu jika anda belum menyaksikan aksi pertemuan epik ini, anda boleh lihatnya di YouTube MeleTOP di bawah.



Untuk pengetahuan anda, filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal ditayangkan pada 8 Ogos ini.

Karya terbaru Animonsta Studio ini akan menjadi filem animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.