Laman Utama

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara

gempak
Azwa Rahman
02/07/2022
01:17 MYT
Sponsor Banner
“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Bekas isteri usahawan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, 43, telah dibebaskan daripada tahanan Penjara Kajang selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh hari.
Menerusi platform TikTok, sebuah media tempatan melaporkan hari pembebasan Emilia pada pagi Jumaat dan sempat menemubual ibu kepada tiga orang anak itu.
Dalam pada itu, Emilia berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi tahanan di penjara wanita itu.
“Purata dalam satu sel ada 22 orang. Hari pertama saya dibawa ke pejabat pendaftaran, pendaftaran mengambil masa satu hari.
By the time saya transfer ke tempat transit untuk kuarantin, dah empat hari di sana.
“Di situ, keadaan sangat mencabar di mana dalam bilik diberi tong untuk buang air kecil, kongsi ramai-ramai dan satu tong untuk buang air besar, share ramai-ramai, tiada penghadang, semua orang boleh tengok. Itu pengalaman yang saya tak boleh lupakan,” ujarnya.
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.
“Saya rasa syukur saya bebas tapi sebelum saya masuk memang saya dah jihad, saya masuk atas ketidakadilan.
“Jadi bila saya masuk tu, saya dah tenang hati sebab saya tiada buat salah. Jadi bila di dalam tu, alhamdulillah tiada masalah dan rintangan ke apa.
“Saya gunakan masa sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” jelasnya lagi.
@mediavariasi DETIK EMILIA HANAFI DIBEBASKAN DAN CERITA DIBERI TONG UNTUK BUANG AIR #fyp #wartawan #mediavariasi #emiliahanafi #syariah #rinaharun #ismailsabri #ppim #suhakam #humanrights ♬ original sound - Media Variasi
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan kata-kata sokongan dan positif buat Emilia agar terus kuat berdepan dugaan.
@wanazhar266:Jika kita yakin dan berserah kepada Allah maka setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. bersabarlah.”
@langit:Ya Allah beri pahala atas musibah ni berilah dia ganti segalanya yang lebih baik..muliakan dia..angkatlah darjatnya disisiMu..aamin.”
@Mustaffa1970:Penjara bukan hotel. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. setiap apa yang berlalu mungkin ada hikmahnya.”
@Eda76:Semoga Allah permudahkan segala urusan puan Amy... tenang dan sabar Amy, semoga org yang menganiaya akan dapat balasan nanti.”
@my mell:semoga diberikan nikmat yang tak terhingga asbab isu ni. Tabah dan bersabar lah. Kami doakan semoga terus kuat.”
Pada 27 Jun lalu, Emilia menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.
Sekadar info, Emilia dan Faisal mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Mac 2016.
Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024