Gegar Vaganza 7
Satu-Satunya Ahli Bertudung Dalam Eva, Rina Jaga Batas! - "Bergelek Masa Remaja Lain, Sekarang Sedarlah Diri"
Anggota kumpulan Eva, Rina, akui sudah bersedia untuk menerima kritikan dan teguran sepanjang menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7) bersama tiga sahabatnya, Linda, Mimi dan Izzu.
Jelas pemilik nama sebenar Yusrina Md Yousoff itu, biarpun dia menjadi satu-satunya ahli yang berhijab dalam kumpulan wanita yang sinonim dengan genre dangdut, dia sedar batas dirinya.
"Semua akan tanya soalan sama, bertudung ni tak risau kena kecamkah?
"Bagi saya dangdut terkenal dengan gelek dan pakaian ketat. Walaupun saya masih membawa julukan artis dangdut, ia tidak menjadi masalah pun yang penting saya tahu batas saya dan masih menjaga aurat.
"Kita bergelek masa remaja lain, apabila sudah berumur saya tahulah batas saya. Tak boleh nak bergelek macam dulu-dulu.
"Saya pun ada anak dan penonton yang sentiasa menilai," katanya kepada Gempak.
Rina ditemui pada majlis pelancaran sabun LFiz di Restoran Rebung Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui penyertaannya dalam GV7 mendapat sokongan keluarga.
Malah, GV7 menjadi majlis reunion anggota itu berempat selepas 24 tahun tidak bersama.
"Ini penampilan semula kami selepas 24 tahun terpisah. Selama ini hanya kami bertiga tanpa Mimi, boleh dikatakan GV7 telah membuka hatinya untuk kembali bersama Eva.
"Perasaan menyertai GV7 ini berbeza, seperti permulaan baharu dengan usia dan fizikal yang lain.
"Dunia juga sudah moden, sekarang dengan media sosial pun semuanya menjadi lebih cepat.
"Kami kumpulan Eva sudah bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kecaman sebab itulah asam garam dunia hiburan. Baik dan buruk kami terima dan akan diperbaiki," tambahnya.
GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Jangan lupa saksikan GV7 yang dibawakan oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Must-Watch Video