Hiburan
Satu-Satunya Wakil Malaysia, Henry Golding Tercalon 100 Wajah Terkacak Dunia!
Pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding tersenarai diantara 100 wajah terkacak dunia tahun 2019 anjuran TC Candler.
Pengumuman itu dilakukan menerusi laman sosial Instagram rasmi @tccandler pada Selasa.
Tahun lalu, Golding berada di tangga ke-84 lelaki terkacak dunia dan menyaksikan pelakon filem Aquaman, Jason Momoa berada di tangga pertama.
Menjadi satu-satunya lelaki kelahiran Malaysia yang tercalon, peminat mengharapkan Golding meraih tempat yang teratas seiring dengan popularitinya yang mencanak pada tahun ini.
Selain Crazy Rich Asians, tahun ini mencatatkan pencapaian yang cemerlang buat actor itu apabila menjadi tunjang utama bagi filem Last Christmas yang turut dibintangi oleh Emilia Clarke, Michelle Yeoh dan Emma Thompson.
Golding turut dikhabarkan bakal memegang watak sebagai Snake Eyes dalam filem G.I. Joe terbaru.
Anda boleh mengundi kedudukan Golding di laman YouTube TC Candler.
Must-Watch Video