“Say Hi Pada Santan 163 Retail Park” - Syed Saddiq Buka Restoran, Jadi Rakan Niaga Makanan Kapal Terbang

Azwa Rahman
Disember 15, 2020 11:50 MYT
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakar sejarah tersendiri apabila menceburkan diri dalam perniagaan makanan.
Menerusi laman sosial Twitter, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkongsi kedai makanan pertamanya iaitu jenama hidangan AirAsia, Santan yang terletak di ASEAN, Mont Kiara.
“Perjalanan perniagaan pertama saya. Ucapkan hai pada Santan 163 Retail Park! Alhamdulillah, hari ini saya telah menjadi rakan niaga Santan 163 Retail Park.

My first business journey! Say hi to Santan 163 Retail Park! Alhamdulillah, hari ini saya telah menjadi rakan niaga Santan 163 Retail Park. Lepas ni kalau nak jamah Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin, boleh waze Santan ASEAN Mont Kiara. pic.twitter.com/jFK8JWKf4D

— Syed Saddiq ??? (@SyedSaddiq) December 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Lepas ni kalau nak jamah Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin, boleh waze Santan ASEAN Mont Kiara,” tulis beliau lagi menerusi satu bebenang ciapan.
Menerusi perkongsian itu lagi, Saddiq turut memaklumkan perancangan untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotLOKAL untuk menjadi rakan niaga perusahaan kecil dan sederhana di luar sana.
“Fokusnya adalah peluang kerja dan niaga untuk orang muda. Tapi untuk kempen #SADDIQsapotLOKAL itu, saya dan team sedang rangka persiapan rapi. Buat masa sekarang, jemput datang Santan ASEAN Mont Kiara dulu!” jelas beliau lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan sokongan pada Saddiq untuk meneruskan impiannya membantu anak muda.
Malah, ada juga yang turut mengambil peluang mempromosikan perniagaan masing-masing di ruangan komen.
“Salam YB. Apa kata YB buka kat area Kkelantan sekali. Kesian saya dah lama dah kempunan nak makan nasi lemak Pak Nasir, nasib baik tak mengandung je ni, nak fly pegi KL pon tak boleh musim musim gini tak berani,” luah seorang wargamaya.
“Tahniah YB! Boleh bagi diskaun kepada geng Muo dengan tunjuk ic sahaja!” cadang seorang wargamaya.
Congratulations YB. Kami pun baru mula business ambil order untuk kuih traditional. Support us too ya boleh check IG @kuehguru di area Shah Alam,” tulis seorang wargamaya.
“Nasi lemak di alas dengan daun pisang lagi sedap. Kalau nak supplier daun pisang. Boleh la roger saya YB. Saya supplier daun pisang area ampang,” komen seorang wargamaya yang lain.
#AirAsia #Syed Saddiq #Restoran Santan