Personaliti media sosial Azfar Heri mencuri perhatian wargamaya apabil tampil membidas dakwaan seorang pengguna Twitter yang menggelarnya sebagai ‘terencat’.

Menerusi laman sosial Twitter, pengguna tersebut melemparkan kenyataan itu selepas Azfar berkongsi sebuah video mengecat dinding sambil menggoyangkan punggung yang dikatakan tidak lawak.

“Bagi i dia ni tak lawak, just seorang bapok yang terencat dan sering di backup peminat. nak lawak betul, pi tengok abang burung puyuh,” tulis pengguna tersebut.

Berang dengan tuduhan tersebut, Azfar tampil mempertahankan dirinya.Dia tidak kisah jika dikritik tidak lawak namun dilabel sebagai ‘bapok yang terencat’ agak keterlaluan kerana dia mempunyai seorang adik yang kelainan upaya bernama Afif.

“Saya okay je kalau rasa saya tak lawak atau tak suka saya, tapi jangan label saya terencat. Saya ada adik yang istimewa tau. Tolong tunjuk hormat sikit dan jaga bahasa tu okay? Terima kasih,” balas Azfar.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengutuk tindakan pengguna tersebut yang keterlaluan.

Malah, ramai yang turut memberikan kata-kata positif kepada Azfar agar dia tidak mempedulikan ‘haters’.

“Kakak, mana adab? Label orang terencat akal? Pakai tudung tapi nak tweet benda bodoh, fikir perasaan orang la, macam bodo la kau ni, takde otak ke?” tegur seorang wargamaya.

“Aku tak minat sangat Azfar ni tapi aku suka cara dia masak. Cara dia dengan family dia, cara dia dengan kawan-kawan dia. Kadang aku pikir nak je ada kawan macam dia tapi tak jumpa,” luah seorang wargamaya.

“Kau bodoh sangat ni dah kenapa lah cakap orang terencat kau tahu tak apa perasaan org bila kau cakap macam tu. HEKELEH. Sedih betul hidup kau. Dahlah DP sape kau guna ni. Tak sedar diri,” kata seorang wargamaya.

“Panggil orang lain 'terencat' adalah kurang ajar sis. Apa sis rasa kalau saya setepek panggil sis terencat. Marah tak? At least @Azfarheri ni baik dengan semua orang. Lagi lagi dalam bab dia jaga adik istimewa dia. So, bila sis nak delete tweet ni?” komen seorang wargamaya.

“Sis lain org lain minatnya. Awak tak boleh hukum dia ‘terencat’ bila awak tak suka dia. Itulah wujudnya fungsi mute dan block dalam Twitter, tak suka mute/block. Jangan suka-suka panggil orang ‘bapok terencat’. Kalau orang panggil awak macam tu mesti sakit hati kan?” ujar seorang wargamaya.

“Aku jarang doa-mendoakan orang ni, cuma satu hari harap orang terdekat dengan kau terencat. Aku tak kisah nak doakan burukkan orang hehe sebab orang-orang ni kadang layak merasa apa yang dah diperkatakan,” ulas seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Azfar meraih perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun Afif pada 18 Mei lalu.

Selain aksinya bersama Afif mencuit hati, Azfar turut mencatat kejayaan tersendiri apabila menerima pengiktirafan Silver Play Button daripada YouTube.

Kini Afzar mengumpul seramai 570,000 pengikut di Instagram dan 328,000 orang di Twitter.