Berita

“Saya Ada Bakat Keibuan…”- Emma Maembong

gempak
Syafiqah Jalal
08/05/2020
09:03 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ada Bakat Keibuan…”- Emma Maembong
Pelakon Emma Maembong akui dia mempunyai bakat keibuan apabila mengendali anak kecil.
Emma mendedahkan perkara tersebut di dalam program reality The House musim pertama dalam episod 6 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.
“Saya ada bakat keibuan. Setakat nak jaga anak buah saya boleh ‘handle’,” katanya.
Menerusi episode 6 itu, Emma dan adiknya Chacha Maembong diberi tugasan menjaga anak saudaranya, Arianna.
Cabaran itu telah menentukan siapakah yang lebih handal mengendalikan anak kecil.
The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.
Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live