Hiburan
"Saya Ada Kat Sebelah, Nak Tarik Rambut Tariklah..." - Nadzmi Adha Kongsi Situasi Ardell Di Wad Bersalin
Pelakon Nadzmi Adhwa memaklumkan isterinya, Ardell Aryana telah dimasukkan ke wad bersalin malam tadi.
Nadzmi berkongsi berita itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
"Sayu hati, masuk ward malam ini (malam tadi), minta doakan isteri saya dan baby kami dipermudahkan ya," tulis Nadzmi di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Nadzmi turut memohon maaf seandainya dia dan Ardell ada mengguris hati mana-mana pihak.
"Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya," tulisnya lagi.
Nadzmi juga tidak lupa menitip kata-kata semangat dan mendoakan isteri tercinta.
"Saya tahu awak kuat, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua, saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik lah nanti ya, sayang awak, selamat berjuang," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Ruangan komen entri berkenaan telah dipenuhi kata-kata semangat dan doa dari para pengikut Nadzmi.
Terdahulu, pasangan ini telah diijabkabul pada 1 September 2019.
Semoga urusan melahirkan anak sulung ini dipermudahkan oleh Allah SWT.