Laman Utama

“Saya Ada Masalah Kolestrol Agak Tinggi” - Risau Risiko Serangan Jantung, Dr Say Ke IJN

gempak
Mya Amri
12/01/2022
23:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ada Masalah Kolestrol Agak Tinggi” - Risau Risiko Serangan Jantung, Dr Say Ke IJN
Pengacara My Doctor, Dr Say Shazril mengambil inisiatif untuk membuat pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Dr Say, walaupun tiada sejarah keluarga mempunyai penyakit itu namun dia lebih gemar mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir risiko terkena serangan jantung disebabkan kolestrol tinggi.
“Saya ke IJN untuk membuat echo dan angio. Ini adalah ujian-ujian untuk mengesan kesihatan jantung di samping kesihatan saluran darah kita.
“Doktor sakit jantung ke? Tak, saya tiada simtom sakit dada, sesak nafas, kaki bengkak mahu pun reduce effort tolerance.
“Saya tiada sejarah keluarga sakit jantung, tiada diabetis, tiada hypertension TAPI saya ada masalah kolestrol yang agak tinggi,” maklumnya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Dr Say juga menjelaskan tentang bahayanya kolestrol tinggi dalam badan.
“Bila kolestrol dalam badan tinggi ia boleh termendap pada saluran darah dan menyempitkan atau menyumbatkan saluran darah itu.
“Bila darah kurang atau tak sampai ke jantung maka terjadilah serangan jantung. Saya tahu saya muda lagi.
“Masa pergi IJN pun rata-rata saya nampak mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Tapi adakah salah untuk saya buat pemeriksaan?
“Bagi saya tak sebab macam saya cerita saya ada risiko (kolestrol tinggi) untuk terkena serangan jantung. Sekurang-kurangnya dengan CT angio ini boleh saya tahu jikalau saluran darah saya ada yang sempit,” jelasnya.
Bagaimanpun kata Dr Say, keputusan ujian tersebut memakan masa beberapa hari dan berjanji untuk berkongsi hasilnya.
Report CT angio itu akan memakan masa akan tetapi saya akan kongsi bila saya dapat keputusannya. ‘Mesti IJN sponsor kan?’Jawapannya tidak.
“RM 3,421 saya bayar. ‘Gila boleh beli beg Gucci kot doc’, sekali lagi, apa gunanya ada duit banyak, masa yang banyak kalau kesihatan kita terumbang ambing,” coretnya.
Sebelum ini Dr Say berkongsi mempunyai masalah pada buah pinggangnya selain kolestrol yang tinggi.
BACA: “Buah Pinggang Berada Pada Kerosakan Tahap Dua,” - Dr Say Terduduk Dapat Result Medical Check Up, Nasihat Jangan Takut Nak Cek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024