Foto usahawan kosmetik, Bonda Rozita yang berbaju kurung jenis kebarung telah mendapat teguran dari pengikutnya yang rata-rata mendakwa ia seperti menunjukkan bentuk badan.

Menjelaskan dakwaan berkenaan, Bonda Rozita memberitahu baju itu sebenarnya longgar di tubuhnya dan menganggap apa yang diperkatakan sebagai fitnah.

“Baju ni longgar, jangan keruhkan fitnah kata saya pakai ketat sebab gambar saya post malam tadi dengan anak bongsu tu ..!!

“Sebab ada yang komen kata saya pakai ketat ..!! Ni saya tunjuk videonya ..!! Menjelaskan keadaan,” tegasnya.

Ibu kepada usahwan berkontroversi Datuk Seri Aliff Syukri itu menjelaskan perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

Menerusi kemas kini yang sama dia memuat naik sebuah video yang menunjukkannya menggayakan baju tersebut.

Dalam masa yang sama, Bonda juga akui dia telah membuat rujukan dari guru agama tentang penampilannya.

“Insya-Allah saya ada ramai guru agama saya buat rujukan. Insya -Allah saya masih tahu malu pada umur begini.

“Penat nak menjawab. Kesihatan aman itu adalah nikmat termahal. Kalau cantik adalah ujian berat tentang hati. Dah masuk 60 tahun tu hujung-hujung usia,” luahnya.

Bonda menggayakan busana serba putih itu ketika menghadiri acara berbuka puasa semalam.

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)