Hiburan
"Saya Agak Kasar & Terlalu Emosi" - Kritik Menteri Kesihatan, Caprice Akhirnya Memohon Maaf!
Rapper dan usahawan, Caprice tampil membuat permohon maaf terhadap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba selepas mengkritiknya menerusi satu video di Instagram beberapa hari lalu.
Kritikan itu dibuat susulan kenyataan Dr Adham yang sebelum ini menyebut beliau membuat persidangan video dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang terdiri daripada 500 negara.
Kesal dengan tindakan berkenaan, Caprice kemudian memohon maaf menerusi satu posting di Instagramnya malam semalam.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, Caprice turut memuat naik gambar dia bersemuka dengan menteri berkenaan.
"Macam kena panggil dengan cikgu disiplin. Kita jahat mana pun, tetap gentlemen.
"Caprice minta maaf kepada Datuk Seri kerana kapsyen yang agak kasar beberapa hari lalu. Saya terlalu emosi," katanya,
Tambahnya, perjumpaannya bersama menteri itu berlangsung selama hampir satu jam.
"Kita kongsi ideas macam mana nak bantu frontline. Bagaimana nak bantu kedai dan bisnes beroperasi semula nanti," katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan Caprice sebagai seorang yang berani.
Must-Watch Video