Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Agak Kasar & Terlalu Emosi" - Kritik Menteri Kesihatan, Caprice Akhirnya Memohon Maaf!

Hanafis Haris 22/04/2020 | 13:05 MYT
Rapper dan usahawan, Caprice tampil membuat permohon maaf terhadap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba selepas mengkritiknya menerusi satu video di Instagram beberapa hari lalu.

Kritikan itu dibuat susulan kenyataan Dr Adham yang sebelum ini menyebut beliau membuat persidangan video dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang terdiri daripada 500 negara.

Kesal dengan tindakan berkenaan, Caprice kemudian memohon maaf menerusi satu posting di Instagramnya malam semalam.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, Caprice turut memuat naik gambar dia bersemuka dengan menteri berkenaan.

"Macam kena panggil dengan cikgu disiplin. Kita jahat mana pun, tetap gentlemen.

"Caprice minta maaf kepada Datuk Seri kerana kapsyen yang agak kasar beberapa hari lalu. Saya terlalu emosi," katanya,

Tambahnya, perjumpaannya bersama menteri itu berlangsung selama hampir satu jam.

"Kita kongsi ideas macam mana nak bantu frontline. Bagaimana nak bantu kedai dan bisnes beroperasi semula nanti," katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan Caprice sebagai seorang yang berani.

Macam kene panggil dengan cikgu discipline... kita jahat mane pun, tetap gentlemen. Caprice minta maaf kepada Dato Sri @dr.adhambaba for my harsh caption a few days ago. I was too emotional. ? . . After a private 1 on 1 meeting that lasted about an hour, kita kongsi ideas macam mane nak bantu frontline, get the rakyat back out, and how to get shops and businesses to resume again one day. . . InsyaAllah, Kami sedia untuk bantu KKM. #rapatkansaf2020 . . Sedar. Bantu. Bangkit. Lagi baik berdamai dari bermusuh. bella ciao.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

#Viral #Viral #Caprice #Menteri
;