Hiburan

"Saya Agak Tertekan Untuk Mencari Lagu Baru..." - Nabila Razali

gempak
Zulaikha Yusof
06/11/2019
04:08 MYT
Sponsor Banner
"Saya Agak Tertekan Untuk Mencari Lagu Baru..." - Nabila Razali
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali akui agak tertekan mencari material untuk dijadikan single terbaharu.
Kata Nabila, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum merakamkan lagu terbaharu.
"Saya agak tertekan untuk mencari lagu baru dengan kekangan masa lagi.
"Kita perlu berbincang terlebih dahulu kerana tidak semua orang faham dengan apa yang kita nak.
"Macam saya sendiri daripada lagu Pematah Hati seterusnya Cemburu, masing-masing ada kelainan yang ditampilkan," katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis EH! Top 20 2019 yang diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur semalam.
Tambah pelakon drama Pesan Pada Hati ini, dia takut dengan penerimaan pendengar apabila ramai penyanyi yang mengeluarkan lagu dalam masa yang sama.
"Bila dah ramai yang berebut untuk keluarkan lagu baru, saya takut dengan penerimaan pendengar. Mereka susah nak hadam nanti.
"Saya cuba untuk gabungkan yang baru dengan yang lama untuk dapatkan maksud mendalam.
"Tak tahulah... Saya pun pening kalau bab lagu ini," kata Nabila lagi.
Tahun ini genap 20 tahun EH! membawakan semua yang terkini, khabar hiburan, inspirasi kecantikan, fesyen serta gaya hidup.
Istimewanya keluaran EH! Oktober 2019 di mana 20 figura tersohor menghiasi muka depan majalah yang menampilkan 10 personaliti di setiap satunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live