HIBURAN

“Saya, Aisar Khaled Hanya Teman Rapat” - Fuji

Umirah Halim 01/03/2025 | 04:50 MYT

Kecoh sebelum ini mengenai hubungan rapat personaliti media sosial asal seberang, Fuji bersama pempengaruh Aisar Khaled.

Menerusi video yang bertebaran di media sosial, kemesraan yang dipaparken mereka juga direstui netizen dan ramai yang turut mendoakan hubungan mereka.

Hanya teman rapat

Bagaimanapun, Fuji atau nama penuh Fujianti Utami memaklumkan bahawa hubungan mereka ketika ini hanya sebatas teman rapat.

“Saya mula kenal pertandingan tinju abang saya, (Fadly) dengan dia tapi sebelum itu juga pernah lihat video dia sebelum ini ketika di sebuah podcast.

‘Kami hanya kawan, kami berteman baik, jaga silarutahmi dengan baik,” ujarnya ketika ditemui pada ujarnya ketika ditemui pada sesi Meet & Greet HijabistaHub x Tune Talk Raya Paling Epik di Setia Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, gadis berusia 21 tahun ini juga sempat berkongsi mengenai pandangannya terhadap Aisar Khaled.

“Saya rasa dia seorang yang kacak, tinggi dan bekerja keras. Dia seorang fokus untuk pekerjaan untuk membina nama dia,” katanya lagi.

Menerusi perkembangan lain, Fuji telah dilantik menjadi duta kempen raya Hijabistahub bagi tahun ini.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah pelakon Ipar Adalah Maut, Davida Karamoy yang juga merupakan salah seorang ‘muse’ HijabistaHub 2025, Zizan Razak serta Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Sebagai pelengkap, turut diumumkan barisan ‘muse’ HijabistaHub 2025 selain Zizan, iaitu Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz, dan The Sara Sisters.

Sementara pelantikan usahawan kosmetik, Aliff Syukri, sebagai CEO baharu pula diharap dapat membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif.

Acara juga diserikan dengan persembahan penyanyi, Iman Troye yang menyampaikan beberapa buah lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Berada Di Malaysia, Fuji Puji Sikap Peminat Yang Sopan-Santun - “Jika Mahu Bergambar Mereka Minta Izin…”

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti Indonesia Fuji, Davina Karamoy Dilantik Duta Baharu Hijabistahub, Aliff Syukri Pula Kini CEO

#Kawan #Aisar Khaled #Fuji #fujianti