Pelakon Jasmine Suraya tidak menyangka Sufian Suhaimi memberi kejutan kepadanya dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Jasmine berkata, dia yang mengajak penyanyi di matamu itu keluar makan untuk berkongsi pengalaman cinta masing-masing, dan tidak sangka pelawaannya diterima Sufian.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.

“Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika netizen mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu.

Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Sumber: Harian Metro