Hiburan
“Saya Akan Bagi Nombor Telefon Peribadi Jika…..” - Nabila Razali
Penyanyi Nabila Razali mencuri perhatian wargamaya apabila mahu memberikan nombor telefon peribadinya kepada peminat.
Menerusi laman sosial Instagram, Nabila berkongsi perkara itu jika video muzik lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan.
“Kalau hit 1 juta hari ini, saya akan berikan nombor telefon peribadi. Tag semua kawan awak,” tulis Nabila menerusi satu entri.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut terkejut dan teruja dengan tawaran Nabila.
Namun, tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Nabila itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
“Betul ke ni? Adakah ini mimpi?” tanya seorang wargamaya.
“Serius ke ni Bella? Saya sanggup tonton video muzik awal sampai lebam,” kata seorang wargamaya.
“Semata-mata nak lagu trending. Nanti orang hantar gambar bukan-bukan dah jadi isu,” komen seorang wargamaya.
“Pastu beli number baru kan lepas tu?” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video muzik Peluang Kedua telah menerima hampir 600,000 tontonan selepas 24 jam di muat naik di laman YouTube.