Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Akan Beritahu Satu Dunia Bila Dah Halal" - Sharifah Rose

Asyikin Mayudin
06/11/2023 08:55 MYT
Pelakon Sharifah Rose mengakui kesilapannya sebelum ini terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi di laman sosial memakan diri sendiri.

Rose memberitahu dia menerima banyak tekanan dan kecaman daripada pihak luar gara-gara perkongsian mengenai hubungan cintanya di laman sosial.

“Sosial media ini kalau kita terlalu kongsi banyak benda fasal privasi kita, orang akan menggunakannya untuk menentang anda. Kadang-kadang bila kita terlalu kongsi kebahagian kita, ada saja orang tak suka kan.

“Jadi, untuk masa lalu saya… saya terlalu terbuka sangat fasal hubungan saya. Terlalu banyak sangat tekanan daripada luar, terlalu banyak sangat kecaman daripada luar.

“Saya rasa kebahagian itu tak dapat antara saya dan orang itu. Saya tak tahu kalau dia untuk saya,” katanya menerusi video temu bual yang dimuat naik di TikTok Hijabista.

Kesilapan yang lalu itu juga mengajar aktres berusia 24 tahun itu memilih untuk memberi fokus dalam mengenali individu yang sedang rapat dengannya dahulu sebelum berkongsi kepada umum.

“Jadi saya belajar daripada kesilapan saya untuk fokus mengenali individu itu, Insya-Allah kalau dia adalah untuk saya, saya akan beritahu satu dunia bila tiba masanya dah halal.

“Tapi sekarang biarlah saya kenal dia sebetul-betulnya dia. Bukan daripada apa yang orang beritahu kalau dia macam mana,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rose pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazrief Khalid.

Terbaharu, Rose kini dikhabarkan sedang mengenali rapat adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy selepas dilihat beberapa kali keluar bersama.

BACA SINI: Sharifah Rose Dedah Dulu Beli Cincin RM10,000 Hasil Duit Bayaran Kerja Pertama, Kini Bangga Dapat Pakai...

BACA SINI: Berdebar Nak Minta Izin Parents Pergi Bercuti, Netizen Ungkit Kontroversi Sharifah Rose Di Phuket; “Benda Yang...


#Ezzrin Loy #Sharifah Rose #Aazrief Khalid #Kekasih Sharifah Rose #Rose cinta