Pelakon Farah Nabilah memberitahu jika ditakdirkan jodohnya sudah tiba, dia tidak akan menguar-uarkan pertunangnnya.

Menurut Farah, dia mengelak untuk menghebohkan pertunangan kerana bimbang dengan dugaan dalam fasa tersebut.

“Kalau boleh, saya mahu mengelakkan pertunangan. Lebih baik saya terus sahaja mendirikan rumah tangga. Saya perhatikan, bermacam-macam dugaan dilalui oleh pasangan bertunang, sekarang.

“Kalau perlu juga bertunang, saya akan mengadakan ia secara senyap-senyap. Biasalah, apabila heboh sudah bertunang, ada sahaja gangguan dan dugaan menjelma,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Farah pernah mengulas kenyataanya sebelum ini mengenai impian untuk menamatkan zaman solo sebelum Syawal, tahun depan.

Bercakap mengenainya, Farah memberitahu buat masa ini dia belum bersedia untuk memberitahu lanjut mengenai perancangan perkahwinannya.

"Insya-Allah, kalau bukan tahun ini, mungkin kami berkahwin tahun depan.

“Jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan kongsi bersama umum,” katanya lagi.

Farah kini masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Yang Satu untuk siaran TV3.