Hiburan
"Saya Akan Cerewet Memilih Watak" - Fauziah Ahmad Daud
Memasuki fasa kerjaya menghampiri lima dekad, seniwati Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy akui lebih cerewet dalam memilih watak yang ditawarkan kepadanya.
Menurut Ogy, dia mahukan watak yang berbeza dan mempunyai mutu serta keunikan tersendiri.
"Saya akan cerewet dalam memilih watak yang ditawarkan kepada saya sekarang kerana saya mahu watak yang berbeza daripada lakonan sebelum ini.
"Saya harus melihat naskah yang ditawarkan dan fikir pelbagai aspek, sesuatu watak itu harus kelihatan berbeza, perkara beginilah yang saya mahukan," ujarnya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur petang semalam.
Tambah Ogy, meskipun sibuk menguruskan syarikat miliknya iaitu Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, namun dia tidak akan memperlahankan lakonan buat masa ini.
"Meskipun sibuk menguruskan syarikat, saya tidak akan memperlahankan lakonan buat masa ini.
"Jika saya lakukan apa yang saya suka sekarang, sudah tentu saya akan gembira melihat hasilnya apabila bersara suatu hari nanti," tambah Ogy.
Sekadar info, Ogy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1972 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini sebagai seorang
pelakon, penyanyi, pengarah dan penerbit.
Must-Watch Video