Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Saya Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Pulihkan Kesihatan”- Cubaan Bunuh Diri, Goo Hara Mohon Maaf

Mya Amri 30/05/2019 | 10:00 MYT
Bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara memohon maaf atas tindakan membuat percubaan membunuh diri pada Ahad.
Hara memberikan kenyataan itu menerusi wakilnya selain memberitahu kondisi terbaru selepas kejadian tersebut.
“Saya benar-benar menyesal dan memohon maaf kerana menyebabkan kebimbangan kepada orang lain mengenai peristiwa yang berlaku baru-baru ini.
“Buat masa ini saya sedang memulihkan tahap kesihatan. Saya juga berasa tertekan dengan pelbagai insiden yang menimbulkan masalah.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menunjukkan sisi positif diri saya dengan mempunyai minda yang lebih kuat.
“Saya benar-benar memohon maaf mengenai kejadian yang berlaku baru-baru ini,” jelasnya.
BACA: Bilik Dipenuhi Asap & Cubaan Bunuh Diri, Goo Hara Sempat Diselamatkan Pengurus
Terdahulu, Hara mengejutkan industri hiburan Korea selepas membuat percubaan membunuh diri.
Percubaan bunuh diri itu dilakukan dalam sebuah bilik yang terletak ditingkat dua rumahnya bertempat di kawasan kejiranan Cheongdam, Seoul.
Sumber: Soompi
#Artis Korea #Goo Hara
;