Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Saya Akan Didenda Lebih RM30,000 & 6 Bulan Penjara Jika…”- Roslan Shah Cerita Pengalaman Kuarantin Di Singapura

Syafiqah Jalal 14/04/2020 | 10:22 MYT
Pelakon dan pengacara, Roslan Shah bersyukur kerana akhirnya dia telah bebas dari kuarantin 14 hari di Singapura selepas pulang dari Malaysia pada 30 Mac lalu.
Menceritakan pengalamannya yang perlu kuarantin di rumah, Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan memberitahu dia tidak diberi keluar rumah langsung dan dikawal oleh pegawai polis di sana.
“Alhamdulillah genap 14 Hari Cik Lan kena kuarantin selepas balik dari Malaysia pada 30 March lalu dan hari ini 14 April 2020 saya telah di bebaskan dari kuarantin di Singapura. Bagaimanapun Singapura juga dalam tempoh lockdown selama satu bulan ....
“Saya pun perlu duduk di rumah juga dan saya hanya boleh keluar rumah setakat pergi kedai dan beli makanan sahaja.
“Pengalaman 14 hari saya di kuaratin memang tidak dibenarkan keluar langsung kerana pihak Officer datang ke rumah untuk siasat saya ada di rumah atau tidak,” tulisnya.
Cik Lan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya lagi jika dia ingkar, denda akan dikenakan.
“Kalau Cik Lan melanggar peraturan Cik Lan akan didenda SGD 10,000 (lebih RM30,000) dan enam bulan penjara,” jelasnya lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Alhamdulillah Genap 14 Hari cik lan kena Kuarantin Selepas balik dari Malaysia Hari itu 30 March 2020 Dan Hari ini 14 April 2020 Cik lan telah di bebaskan dari Kuarantin walaupun Di Singapura kena Lock down 1 Bulan ....Cik lan pun kena stay di rumah jugak dam kalau Ada penting Dan Ada Hal baru cik lan boleh keluar rumah setakat pergi kedai dam beli makan boleh aje keluar rumah aje janji kena stay at Home tetap duduk rumah juga. Pengalaman 14 Hari Cik lan di Kuaratin Memang tidak dibenarkan keluar langsung kerana pihak Officer datang ke rumah untuk siasat Cik lan Ada di rumah atau tidak kalau cik lan melanggar peraturan cik lan Akan di Denda 10 ribu dollar Dan 6 Bulan di penjara. Pihak officer pun boleh tahu Kita pergi ke Mana setiap Hari kita kena buat laporan dari WhatsApp antara Kita Dan ICA Memang itu dah Cara mereka sesiapa keluar rumah semasa di Kuarantin 14 Hari......#Convid19 #CoronavirusCepatHapuskan #share3 #Love3

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

#Roslan Shah #Denda #Kuarantin
;