Laman Utama
"Saya Akan Jaga SOP”- Kembali Berlakon, Fasha Sandha Jalani Ujian Covid-19
Aktres Fasha Sandha mengumumkan dia akan kembali berlakon tidak lama lagi.
Sebelum ke lokasi penggambaran, Fasha memberitahu dia telah menjalani ujian swab Covid-19 demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Saya akan kembali ke lokasi penggambaran dan saya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)
“Alhamdulillah saya bebas Covid-19 dan saya akan terus jaga SOP dan stay safe.
“Terima kasih MKN (Majlis Keselamatan Negara) ,KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Finas kerana membenarkan kami semua kembali bertugas.
“Apa-apa pun tak sakit (ujian swab Covid-19) pun…Tenang je,” katanya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video sewaktu melakukan ujian swab tersebut.
Difahamkan, ia merupakan kemunculan pertama Fasha selepas melahirkan anak ketiganya Aisha pada Ogos 2020.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja untuk menanti kemunculan Fasha sebagai di kaca televisyen.
Aisha merupakan zuriat ketiga buat Fasha dan anak sulung kepada suami keduanya Aidil Aziz.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 8, dan Puteri Raysha Jemyma, 6.