,
Laman Utama

“Saya Akan Tegur Dia” - Didie Alias Nasihat Ifa Raziah Agar Berpada-Pada Promosi Acara Yang Libatkan Kerajaan

Izwan Isa
16/06/2022
09:50 MYT
Pelakon, pengacara dan juga usahawan Didie Alias berharap agar sahabatnya, Ifa Raziah dapat menggunakan cara yang lebih sesuai untuk mempromosikan acara anjurannya pada masa akan datang.
Sebagai seorang yang turut dikenali sebagai penganjur karnival jual beli, Didie berkata, gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
“Saya pun penganjur juga… bila kita sudah buat sesuatu yang levelnya sangat bagus, mungkin kita boleh guna cara lain untuk menjemput pengunjung. Setahu saya, acara yang dikelolakannya itu melibatkan pihak kerajaan.
“Jadi bagi saya, boleh nak buat sebarang video promosi untuk memasarkan acara yang dianjurkan cuma haruslah berpada-pada dan kelihatan profesional,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Didie menjelaskan, penganjur sepatutnya membantu usahawan yang terlibat dalam acara berkenaan untuk mempromosikan perniagaan mereka.
“Kita tahu yang orang akan buat apa sahaja di media sosial. Sebagai kakak kepada mereka yang terlibat dalam video itu dan mempunyai pengalaman lama, saya nasihatkan supaya mereka fikir dulu sebelum buat apa-apa.
“Sebab keempat-empat mereka itu semua usahawan berjaya. Mereka kenalah hati-hati pada masa akan datang,” katanya lagi.
Menurut Didie, dia akan menegur Ifa jika dia berpeluang bertemu dengan selebriti versatil itu kelak.
“Saya akan tegur dia… Tetapi saya kena ambil maklum juga sama ada content yang dikeluarkan itu dibuat secara sengaja atau tidak. Mungkin dia tidak sengaja dan orang besar-besarkan… sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar.
“Kalau tak sengaja tak boleh cakap apa. Tapi kalau niat nak promosi, bagi saya buat pada level yang profesional.
“Apabila orang respect awak sebab awak baru habis (acara) raya hari tu. dengan menteri semua ada di situ, awak kena jaga mileage. Sepatutnya kena fokus pada usahawan sahaja,” tutup Didie.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila video yang memperlihatkan selebriti media sosial, Kak KM menepuk punggung tiga lagi usahawan iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan juga Chetapotpet di khalayak umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

“Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin

gempak
25/09/2024
12:55 MYT
Anak kepada pelakon vateran Normah Damanhuri itu akui sebak apabila terbaca mengenai isu Fattah dan Fazura
Viral

“Mungkin Boleh Bagi Kesedaran Dalam Bentuk Lain”- Anggap Content Caprice Mengaibkan, Datuk Seri Vida Beri Teguran

gempak
24/09/2024
06:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memberi teguran secara terbuka terhadap Caprice berikutan konten yang dimuat naik pempengaruh itu olehnya sejak baru-baru ini.
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Unitar